KUANTAN 16 hb November – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (ORACO) yang julung-julung kali diadakan hari ini.
Fungsi ORACO ialah sebagai pusat sehenti bagi merancang, mengurus dan memantau aktiviti ekonomi yang akan dijalankan di atas tanah yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli.- FB: Wan Rosdy bin Wan Ismail