BAGAN DATUK, 9 Okt — Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad melihat proses suntikan vaksin dos ke 2 kepada warga emas ketika hadir pada program menerima vaksin melalui Program Unit Bergerak Vaksinasi Berkelompok Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Parlimen Bagan Datuk hari ini.