Penyerahan Kad Kasih Ibu Perlis (KIP)

PERLIS 29 hb Julai — Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menghadiri Majlis Penyerahan Kad Kasih Ibu Perlis (KIP) kepada YB Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan  Penyelaras serta Wakil Pusat Khidmat DUN untuk bantuan menangani kos sara hidup golongan rentan (miskin / miskin tegar) di bawah Program KIP / NCER petang semalam
dalam usaha membantu golongan rentan yang terkesan oleh pandemik Covid-19. Para peserta Program KIP telah dipilih dan disaring dari sistem eKasih yang dibangunkan oleh ICU, JPM, di mana mereka berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019.- Sumber FB : Azlan Man

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.