Rizam Turut Serta Lawatan Raja Muda Selangor Ke PPS Masjid Putra Heights

SHAH ALAM, 3 April – Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail, telah mengiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, dalam lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights semalam, bagi meninjau keadaan mangsa kebakaran yang ditempatkan di situ. Lawatan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor […]

» Baca lanjut

Tarif Resiprokal AS: Ujian Ketegasan Malaysia Dalam Perdagangan Dan Diplomasi

MALAYSIA perlu memandang serius tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif resiprokal sebanyak 24% ke atas eksport Malaysia ke pasaran mereka, berkuat kuasa mulai 9 April 2025. Tindakan unilateral ini bukan sahaja tidak adil, malah mencerminkan sikap proteksionis melampau yang bercanggah dengan semangat perdagangan bebas dan kerjasama serantau. Ia memberi kesan langsung kepada industri strategik negara seperti elektronik, tekstil dan minyak sawit. […]

» Baca lanjut

Noraini Santuni Mangsa Insiden Kebakaran Paip Gas

SUBANG JAYA, 3 April – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melawat dan menyantuni mangsa insiden kebakaran paip gas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini pada pagi Rabu. Menurut Ketua Wanita UMNO Malaysia itu, sehingga tengah hari pada hari itu, seramai 489 orang mangsa daripada 109 […]

» Baca lanjut

Misi Kemanusiaan: Setinggi Penghargaan Kepada Pasukan SMART

KUALA LUMPUR, 3 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang sanggup mengorbankan masa bersama keluarga sempena Aidilfitri demi melaksanakan misi kemanusiaan ekoran kejadian gempa bumi di Myanmar. Ujar Presiden UMNO itu, pengorbanan mereka amat dihargai dan menjadi simbol kesungguhan Malaysia dalam membantu masyarakat […]

» Baca lanjut

Lebaran Dirai, Sambut Dengan Kesyukuran Dan Kesederhanaan

KUALA LUMPUR, 2 April – Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadah puasa. Ia bukan sekadar satu perayaan, tetapi juga merupakan waktu untuk merenung kembali pengorbanan dan penghayatan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO […]

» Baca lanjut

Tragedi Putra Heights: UMNO Selangor Komited Bantu Mangsa

KUALA LUMPUR, 2 April – UMNO Negeri Selangor komited untuk terus turun padang membantu mangsa yang terkesan akibat insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya semalam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata bantuan diberikan tanpa mengira waktu, tempat mahupun fahaman politik. “Saya menzahirkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam terhadap ratusan keluarga yang […]

» Baca lanjut

Aidilfitri: Masih Kukuhkan Kesatuan, Junjung Nilai-nilai Murni – Nuraini

KUALA LUMPUR, 2 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuhkan kesatuan dan menjunjung nilai-nilai murni sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Beliau turut menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk barisan kepimpinan parti dan juga akar umbi yang masih berpegang teguh kepada perjuangan parti. “Kepada semua pemimpin, ahli dan […]

» Baca lanjut

Kebakaran Di Putra Heights, Bawa Pihak Bertanggungjawab Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR, 2 April – UMNO Bahagian Subang merakamkan rasa simpati dan prihatin terhadap semua mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya semalam. Ketuanya, Datuk Dr Arman Azha Abu Hanifah berkata ini kerana kebakaran tersebut bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda dan kediaman, malah mengganggu emosi dan kesejahteraan ramai penduduk setempat. “Kami memuji tindakan […]

» Baca lanjut
1 97 98 99 100 101 230