Bendera Terbalik: Isu Maruah Negara, Bukan Sekadar Kecuaian

SAYA memerhati dengan penuh kegusaran terhadap trend baharu dalam wacana politik negara. Setiap kali berlaku insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik, bukannya lahir suara bersama mengecam tindakan biadab itu, sebaliknya muncul pula suara-suara ahli politik yang cuba mengecilkan isu ini. Lebih membimbangkan, pemimpin yang tampil mempertahankan maruah bendera negara pula dijadikan sasaran serangan, diperlakukan seolah-olah keterlaluan dalam mempertahankan simbol kedaulatan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Melaka Terus Prihatin Keselesaan Rakyat

ALOR GAJAH, 22 Ogos – Kerajaan Negeri Melaka menegaskan komitmen untuk terus memastikan kemudahan serta keselesaan rakyat menjadi keutamaan dalam setiap perancangan dan pelaksanaan dasar. Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata demikian ketika menyantuni warga kerja dan pengunjung di Klinik Kesihatan Lubok China, pagi tadi. Beliau turut menekankan bahawa setiap maklum balas daripada rakyat akan diambil perhatian serius […]

» Read more

Masa Depan Sabah Terletak Pada Perpaduan, Kerjasama – Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU, 22 Ogos – Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak menegaskan bahawa masa depan politik Sabah terletak pada semangat kerjasama, bukannya bersaing secara solo dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Menurutnya, meskipun bertanding secara solo memberi ruang kepada parti mengekalkan identiti tanpa kompromi, namun risiko pertandingan banyak penjuru boleh memecah undi dan akhirnya melemahkan peluang […]

» Read more

Harap Dr Akmal Terus Bertabah Bawa Perjuangan – Rosni Zahari

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari berharap Datuk Dr Akmal Saleh untuk bertabah dengan cabaran ditempuhi dalam membawa perjuangan membela agama, bangsa dan negara. Beliau berkata demikian ekoran pendakwaan dihadapi Dr Akmal Saleh hari ini di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam. Rosni yang juga pengamal undang-undang juga turut sama mempersoal pendakwaan tersebut dilakukan kerana […]

» Read more

Dr Akmal Mengaku Tidak Bersalah Timbulkan Kegusaran Awam

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa mendatangkan kegusaran awam. Beliau membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. “Saya faham dan tidak mengaku bersalah. Saya mohon dibicarakan,” kata Dr Muhamad Akmal […]

» Read more

Kes Buli Zara Qairina: Sentimen Awam Tidak Boleh Mengatasi Undang-undang – Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Peguam, Datuk Habib Rahman Seeni Mohideen memaklumkan kanak-kanak yang dituduh di mahkamah terlindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Katanya ini termasuk lima remaja yang bakal didakwa dengan kes yang dikaitkan dengan arwah Zara Qairina Mahathir “Saya sokong penuh supaya semua pihak patuh pada Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], khususnya Seksyen 15(2) yang jelas melarang pendedahan […]

» Read more

Pemuda UMNO Teguh Bersolidariti Bersama Dr. Akmal, Isu Jalur Gemilang Tidak Boleh Dipandang Remeh

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan di bawah Seksyen 505(b)Kanun Keseksaan pada hari ini. Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memaklumkan bahawa pertuduhan adalah berhubung isu yang diperjuangkan oleh  Dr. Muhamad Akmal mengenai insiden ‘Jalur Gemilang yang’ diterbalikkan dan isu ini telah mendapat perhatian […]

» Read more

Pemuda UMNO Teguh Bersama Dr Akmal, Yakin Hadapi Proses Perundangan Dengan Tabah

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pemuda UMNO Malaysia menegaskan sokongan penuh terhadap Ketua Pemudanya, Datuk Dr Akmal Saleh yang berdepan pendakwaan di mahkamah, sambil yakin beliau akan melalui proses tersebut dengan tabah berlandaskan prinsip keadilan serta etika Rukun Negara. Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan perlu dipertahankan, namun ia mesti […]

» Read more

Cadangan Tubuh Kementerian Undang-Undang Asas Kemajuan Negara – Azalina

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Cadangan penubuhan Kementerian Undang-Undang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis selaras dengan agenda Malaysia Madani yang mengangkat integriti, ketelusan dan kedaulatan undang-undang sebagai asas kemajuan negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan pentingnya kementerian itu bagi memperkukuh ekosistem […]

» Read more

Pendakwaan Dr. Akmal: Ujian Demokrasi dan Cabaran Naratif Politik

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, bakal didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berhubung kenyataan di media sosial yang didakwa boleh mengganggu ketenteraman awam. Pendakwaan ini bukan sekadar satu proses undang-undang. Ia membawa bersama pelbagai implikasi terhadap landskap politik negara, kredibiliti institusi perundangan, dan hala tuju naratif perjuangan […]

» Read more
1 2 3 4 5 399