Pemuda Dan Puteri UMNO Diseru Perkasa Peranan Dekati Anak Muda Melalui TVET

PEKAN, 24 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Rahimi Abdul Samad menyeru Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO untuk berkerjasama dalam usaha mendekati dan mendapat sokongan anak muda. Beliau menyarankan agar Puteri UMNO khasnya menjadi pelopor untuk mempromosi program Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan menjadikan ia sebagai satu indikator kepada komitmen sayap untuk mendekati serta membantu […]

» Read more

Agensi, Anak Syarikat KKDW Wajib Jana Keuntungan – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 24 Jun – Semua agensi serta anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diwajibkan menjana keuntungan sebagai pencetus perubahan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata agensi serta anak syarikat berkenaan disasarkan membuat keuntungan dalam tempoh setahun manakala anak syarikat yang gagal berbuat demikian boleh […]

» Read more

PET30: Pelan Strategik Transformasi Ekonomi Pahang 2025–2030 Dilancarkan

GENTING HIGHLANDS, 24 Jun 2025 – Kerajaan Negeri Pahang hari ini melancarkan Bengkel Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025–2030 (PET30) sebagai langkah strategik menyusun semula landskap ekonomi negeri secara lebih mampan, inklusif dan berpaksikan rakyat. Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, memaklumkan bahawa kejayaan PET30 tidak boleh bergantung kepada dokumen dasar semata-mata. Sebaliknya katanya, ia mesti diterjemahkan kepada […]

» Read more

Kadar Bayaran Balik Pinjaman Usahawan Wanita MARA Mencecah 93 Peratus – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah melaksanakan 67 program pemerkasaan wanita di seluruh negara dengan penglibatan 10,700 peserta sejak tahun lalu, kata Pengerusi Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau memaklumkan daripada jumlah tersebut, 6,654 usahawan wanita telah mendaftar perniagaan di SSM dan menerima pembiayaan melalui skim khas MARA seperti DanaNITA. “Paling membanggakan, kadar bayaran balik pinjaman […]

» Read more

Pemimpin Johor Perlu Dekati Rakyat Dengan Konsisten – Norshida

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim melihat seruan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi agar pemimpin semua peringkat termasuk akar umbi untuk melaksanakan tanggungjawab sebaiknya amat tepat. Menurut beliau seruan tersebut menerusi pendekatan mesra dan mudah didekati tentunya memberi manfaat yang cukup besar kepada rakyat dan juga parti itu sendiri. […]

» Read more

Hanya Kesetiaan Padu Mampu Bangkitkan UMNO – Nurul Aslina

PEKAN, 24 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang, Nurul Aslina Saman  menegaskan bahawa ketaatan dan kesetiaan pada parti adalah asas yang penting serta memastikan kelangsungan kejayaan UMNO. Katanya yang berucap mewakili Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi dalam mesyuarat Pergerakan Puteri UMNO Pekan, hanya dengan kesetiaan yang padu dan jitu dapat menghadapi cabaran dan […]

» Read more
1 24 25 26 27 28 306