Kebenaran Operasi Semula: Penternak Babi Di Paya Mengkuang Perlu Patuh Dua Syarat

MELAKA, 30 April – Penternak ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru di sini, perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan sekiranya mahu meneruskan semula operasi lading tersebut. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata syarat utama ialah operasi ladang penternakan babi berkenaan, mesti dilakukan secara tertutup dan bukannya secara konvensional […]

» Read more

Manfaatkan Kemenangan BN Di Ayer Kuning Sebagai Batu Loncatan Depani PRU – Dr Azmi

KUALA LUMPUR, 29 April – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai batu loncatan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, kehadiran Perikatan Nasional (PN) pada PRK itu adalah dengan hasrat untuk mengurangkan majoriti kemenangan UMNO/BN […]

» Read more

ADUN Jeram Padang Mohon Naik Taraf Jalan Raya Luar Bandar, Sokong Projek Lebuhraya Madani

SEREMBAN, 29 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, memohon Kerajaan Negeri Sembilan agar memberikan keutamaan kepada pembangunan dan penaiktarafan infrastruktur jalan raya, khususnya di kawasan luar bandar, dalam usaha menyokong sasaran negeri untuk mencapai kutipan hasil negeri RM1 bilion menjelang tahun 2030. Ketika membahaskan Titah Ucapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dalam […]

» Read more

MARA Bakal Perkenal Polisi Pembiayaan Kepada Pelajar Cemerlang SPM, Huffaz

KUALA LUMPUR, 29 April – Setiausaha Agung UMNO yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan institusi itu akan memperkenalkan polisi pembiayaan pembelajaran kepada para pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan. Beliau berkata ia akan ditawarkan bukan hanya kepada para pelajar MRSM Ulul Albab bahkan juga kepada pelajar huffaz daripada sekolah di bawah […]

» Read more

Kemenangan Bermakna BN Di Ayer Kuning, Semarak Momentum Ke Arah PRU

KEMENANGAN bergaya Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjadi bukti nyata bahawa semangat perjuangan parti masih membara dan mendapat tempat dalam hati rakyat. Kejayaan mempertahankan kerusi ini bukan sahaja memberikan nafas baharu kepada BN tetapi juga membawa isyarat kebangkitan besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Dalam suasana politik negara […]

» Read more

Komitmen Tidak Pernah Luntur, UMNO Terus Bersama Rakyat Nenggiri – Ahmad Jazlan

GUA MUSANG, 29 April – Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) bukan sekadar turun padang ketika musim pilihan raya, tetapi kekal komited untuk terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kehadiran berterusan Presiden […]

» Read more
1 182 183 184 185 186 367