Kerjasama BN-PH, Uji Dinamika Politik PRN Sabah, Melaka Dan Johor Pada 2025 – Sarfarizmal

KUALA LUMPUR, 8 Feb – Pengarah UMNO Negeri Sembilan Comms, Sarfarizmal Md Saad, menjelaskan bahawa tiga negeri dijangka akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun 2025, iaitu Sabah, Johor, dan Melaka. Selari dengan itu beliau berpandangan bahawa PRN kali ini dijangka akan mencatatkan perbezaan yang ketara berbanding sebelum ini, memandangkan parti pemerintah kini telah menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang […]

» Baca lanjut

UMNO Selangor Bidas Cubaan Pas Campuri Urusan Dalaman Parti

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Penerangan UMNO Selangor membidas cubaan Pas mencampuri urusan dalaman UMNO dengan meletakkan syarat perubahan kepimpinan sebagai prasyarat kepada penyatuan politik Melayu-Islam. Ketuanya, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain menegaskan UMNO sebagai parti bermaruah tidak akan tunduk kepada tekanan politik bersifat oportunis kerana parti ini bukan alat yang boleh diatur sesuka hati oleh mana-mana pihak. “Pas […]

» Baca lanjut

INFRA Perkenal Kursus Khas Untuk Usahawan Rumah Inap – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Institut Kemajuan Desa (INFRA) di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memperkenalkan kursus khas untuk usahawan rumah inap. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia diadakan untuk menyokong Kepengerusian ASEAN 2025 dan persediaan bagi menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026. “Baru-baru ini, saya […]

» Baca lanjut

Kes Rasuah ADUN Sabah: SPRM, Peguam Negara Perlu Tampil Beri Penjelasan – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara perlu tampil memberikan penjelasan berhubung kes rasuah melibat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah. Ini kerana katanya, kes tersebut telah dibiarkan berlarutan di media sosial dan rakyat keliru mengapa pertuduhan lambat dibuat ke atas pelakunya. “Drama rasuah Negeri Sabah makin panas. Ia dibiarkan berlarutan di media […]

» Baca lanjut

Cadangan AS Ambil Alih Gaza Harus Dikutuk Sekeras-Kerasnya – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh Malaysia dan dunia. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal dan juga langkah untuk melaksanakan pembersihan etnik. “Cadangan Presiden AS, Donald Trump untuk mengambil alih dan mengusir penduduk Palestin […]

» Baca lanjut

Armand Tempelak Dakwaan Anak Muda Tolak UMNO/BN, Ajak Gandakan Usaha Dapatkan Sokongan

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Senator Dewan Negara, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menepis dakwaan Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar yang mengatakan ramai pengundi atas pagar khususnya anak muda 18 hingga 20 tahun tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu dan akan mengulangi tindakan sama pada pilihan raya akan datang. Menurutnya, kenyataan tersebut hanyalah pandangan peribadi dan […]

» Baca lanjut

Kesepaduan Gerak Kerja Menyumbang Kepada Kekuatan UMNO – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 7 Feb – Ketua UMNO Bahagian Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menegaskan bahawa kesepaduan gerak kerja di semua peringkat parti merupakan kunci utama dalam memperkukuhkan kedudukan UMNO, khususnya di Johor dan peringkat nasional. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Kulai yang berlangsung di pejabatnya malam tadi. Jelasnya, mesyuarat tersebut meneliti gerak kerja […]

» Baca lanjut
1 165 166 167 168 169 216