Year: 2025
Lawatan Kerja Ke Negeri Pahang Darul Makmur.
Lawatan Kerja Ke Negeri Pahang Darul Makmur.
Dasar MADANI, Hubungan Antarabangsa Fokus Perbincangan Bersama Pemimpin Muda Global – Zambry

PUTRAJAYA, 10 Feb – Dasar kerajaan MADANI, Kepengerusian ASEAN, dasar luar dan dasar pendidikan Malaysia merupakan antara perkara yang dibincangkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama peserta program Atlantic Council Millennium Leadership: Malaysia Study Tour 2025. Majlis yang berlangsung kira-kira satu jam di Kompleks Seri Perdana di sini itu, disertai 27 peserta yang terdiri daripada golongan […]
» Baca lanjutNoraini Harap Retreat PRN ke-17 Jadi Dorongan Wanita UMNO Sabah Menangkan Parti

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berharap agar Retreat Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Wanita UMNO Negeri Sabah akan menjadi dorongan untuk mereka terus bekerja memenangkan parti. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Noraini memaklumkan beliau telah hadir ke Majlis Perasmian Penutup Retreat PRN-17 Wanita UMNO Negeri Sabah pada Ahad. “Menghadiri Majlis Perasmian […]
» Baca lanjutWanita UMNO Tunjang Kekuatan Parti, Tak Kenal Erti Lelah Berjuang Agenda Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Wanita UMNO sebagai kekuatan parti dalam membawa perjuangan untuk mendukung agenda rakyat dan negara. Beliau berkata sebagai tulang belakang parti, Wanita UMNO telah melaksanakan pelbagai gerak kerja dalam memastikan parti keramat ini terus mendapat tempat di hati rakyat. “Dari Lipis, Pahang saya meneruskan permusafiran ke Negeri […]
» Baca lanjutPeluncuran Akademi Jaya Bersama: Latihan, Pengkaderan Perlu Dilakukan Secara Konsisten – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan bahawa latihan dan pengkaderan generasi pelapis UMNO perlulah dilakukan secara konsisten. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perkaderan dan Latihan UMNO Malaysia menerusi satu kenyataan, merakamkan ucapan tahniah kepada UMNO Bahagian Johor Bahru di atas kejayaan peluncuran Akademi Jaya Bersama iaitu sekolah politik UMNO bahagian tersebut. […]
» Baca lanjutBung Moktar Turun Padang Tinjau Kawasan Banjir, Sampaikan Bantuan Kepada Mangsa

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin turun padang melihat sendiri situasi banjir terkini yang melanda beberapa kawasan di Kinabatangan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata kunjungannya itu bagi mengetahui secara terperinci bencana banjir tersebut untuk menyampaikan bantuan secara khusus bagi memudahkan usaha pengurusan bencana. “Alhamdulillah saya telah mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan […]
» Baca lanjutProjek Pembinaan MAWILLA 4 Di Peringkat Akhir Kenal Pasti Tapak, Kesesuaian – Mohamed Khaled

KOTA TINGGI, 10 Feb – Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat akhir bagi mengenal pasti kesesuaian dan tapak pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bintulu, Sarawak. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengulas perkembangan berhubung pembinaan markas itu berkata ia adalah sebuah projek yang penting, dan beliau telah mengarahkan supaya pelaksanaannya […]
» Baca lanjut