Ekonomi Negara Kukuh, Kerajaan Madani Komited Pastikan Kesejahteraan Rakyat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR,15 Feb – Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar. Menurut laporan Buletin Suku Tahunan Bank Negara Malaysia Suku Keempat 2024, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada suku keempat tahun 2024 dan 5.1 peratus bagi keseluruhan tahun, berbanding 3.6 peratus pada 2023. […]

» Baca lanjut

Dakwaan Pilihan Raya Mengejut Hujung Tahun Helah Bersatu Untuk Kekal Relevan – Ahmad Maslan

PONTIAN, 15 Feb –  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan dakwaan kononnya pilihan raya mengejut akan diadakan hujung tahun ini sebagai antara ‘helah’ oleh Bersatu untuk terus kekal relevan di mata penyokongnya. Beliau menegaskan, Bersatu kini ini berdepan masalah untuk kekal bertahan kerana tidak mempunyai daya tahan sebagai sebuah parti politik, lantas terpaksa mencipta isu […]

» Baca lanjut

UMNO Nafi Ada Kerjasama Dengan Warisan-Suhaimi Nasir

KOTA KINABALU,15 Feb – Selepas Parti Warisan, kini UMNO Sabah pula tampil mengesahkan bahawa tiada sebarang perbincangan rasmi antara kedua-dua parti itu untuk membentuk gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). Perkara itu disahkan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir susulan kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darrell Leiking pada Jumaat. “Saya mengesahkan sehingga hari ini tidak […]

» Baca lanjut

Kerjasama Biro Agama Negeri Dan Majlis Ulama UMNO Beri Maklumat Agama Tepat Dan Sahih Kepada Masyarakat – Sulaiman Razak

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Pengerusi Biro Agama UMNO Negeri Selangor, Datuk Sulaiman Abdul Razak berkata kerjasama erat antara Majlis Ulama UMNO dan biro agama negeri-negeri mampu memperkasakan program-program keagamaan di peringkat akar umbi. Menurutnya, inisiatif ini bertujuan untuk memberikan penjelasan agama secara menyeluruh kepada masyarakat tanpa mengira usia atau latar belakang. “Kita memiliki ramai pakar dari Biro-biro Agama Negeri […]

» Baca lanjut

Usaha Memartabatkan Institusi Huffaz: Ke Arah Membina Generasi Al-Quran

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Institusi huffaz memainkan peranan penting dalam pembinaan generasi al-Quran dan ia bukan sekadar tempat menghafal al-Quran, tetapi pusat pembentukan generasi rabbani yang memahami, menghayati, dan mengamalkan ajaran suci ini dalam kehidupan seharian. Berhubung perkara tersebut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beriltizam untuk memastikan institusi huffaz terus dimartabatkan agar lebih ramai huffaz […]

» Baca lanjut

Shahaniza Gesa Ahli Parlimen Raub Bersikap Lebih Rasional

MARAN, 14 Feb – Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin menggesa agar Ahli Parlimen Raub untuk bersifat lebih rasional dalam isu cadangan mewujudkan menteri khas bagi masyarakat bukan Islam. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyifatkan cadangan Ahli Parlimen tersebut sebagai suatu kenyataan yang dangkal dan tidak berasas. “Merujuk kepada kenyataan rasmi […]

» Baca lanjut

UMNO Terengganu Bantah Cadangan Mengarut Pecah Portfolio Menteri Hal Ehwal Agama

HULU TERENGGANU, 14 Feb – UMNO  Terengganu hari ini menolak sekeras-kerasnya cadangan Ahli Parlimen Raub,  Chow Yu Hui  agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua cabang, iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam. Pengerusinya, Datuk Rozi Mamat berkata cadangan berkenaan jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam […]

» Baca lanjut
1 155 156 157 158 159 218