Pemuda UMNO Bukan Sekadar Sayap, Tetapi Medan Lahirkan Pemimpin

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Pemuda UMNO bukan sekadar sebuah sayap tetapi medan melahirkan pemimpin yang terus berjuang demi parti dan rakyat, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu, Mohd Zulfadli Amiruddin Menurut beliau ramai pemimpin besar negara hari ini termasuk Perdana Menteri lahir daripada Pemuda UMNO. “Sayap ini telah melahirkan pemimpin yang berjiwa perjuangan, yang mendukung prinsip parti, dan yang […]

» Baca lanjut

Kehadiran Presiden Suntik Semangat, UMNO Kalabakan Optimis Perkukuh Perjuangan

TAWAU, 25 Feb – Kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sambutan ulang tahun UMNO Sabah ke-34 dan merasmikan pejabat baharu UMNO Bahagian Kalabakan telah memberi suntikan semangat kepada anggota parti untuk terus berjuang dan menghadapi pelbagai cabaran mendatang. Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, merangkap Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop, mewakili seluruh kepimpinan dan ahli-ahli UMNO […]

» Baca lanjut

Menjelang Ramadan: UMNO Tanah Merah Hargai Jentera Parti, Agih Bantuan

TANAH MERAH, 25 Feb – UMNO Bahagian Tanah Merah, di bawah kepimpinan Datuk Wan Rakemi Wan Zahari, telah melancarkan program Sumbangan Kotak Makanan Ramadan 1446H/2025M bagi menghargai jentera parti di bahagian itu. Menurutnya, sebanyak 4,000 kotak makanan akan diagihkan kepada jentera UMNO di setiap cawangan melalui ketua-ketua cawangan. Katanya, sumbangan ini bukan sekadar bantuan biasa, tetapi juga sebagai tanda penghargaan […]

» Baca lanjut

Isu RUU Pembaharuan Semula Bandar, Banjir Antara Tumpuan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Isu berkait cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar dan langkah proaktif bagi menangani banjir pada musim monsun dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan berkenaan cadangan RUU itu khususnya komitmen kerajaan dalam memastikan tiada pemilik diusir secara paksaan daripada pemilikan tanah atau premis, akan dikemukakan […]

» Baca lanjut

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 Bukti Komitmen Utuh Kerajaan Laksana Reformasi Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 untuk bacaan kali pertama merupakan permulaan bagi peristiwa yang cukup bersejarah buat Parlimen Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia adalah bukti jelas komitmen utuh Kerajaan MADANI dalam melaksanakan agenda reformasi undang-undang dan institusi bagi manfaat dan kesejahteraan […]

» Baca lanjut

Sebanyak RM22 Bilion Laksana Projek RTB Di Seluruh Negara – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU 24 Feb – Kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan RM22 billion untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata peruntukan berkenaan termasuk kerja-kerja menaik taraf RTB yang telah dan sedang dikenal pasti, […]

» Baca lanjut

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan, kata Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pembinaan projek tersebut adalah hasil daripada duit rakyat yang dibelanjakan untuk insan-insan memerlukan. “Alhamdulillah, […]

» Baca lanjut
1 142 143 144 145 146 220