Ahli Parlimen Lenggong Sokong Penduduk Bantah Pembalakan Hutan Piah

LENGGONG, 17 Ogos – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyatakan sokongan terhadap penduduk Kampung Bukit Sapi yang membantah aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran kampung tersebut. Menurut Shamsul Anuar, pembalakan di Kompartmen 196 dan 200, Hutan Simpan Piah, akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar. “Di Kg Bukit Sapi Lenggong saya ditemui oleh pimpinan Kg Bukit Sapi […]

» Read more

PRN Sabah: Tiada Pertindihan Kerusi Antara BN-PH – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 16 Ogos -Pengagihan kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah dimuktamadkan tanpa sebarang pertindihan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memaklumkan tiada sebarang rundingan dilakukan antara BN dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan pembahagian kerusi atau kerjasama bagi menghadapi PRN […]

» Read more

PRN Sabah: BN Mahu Ambil Semula Kerusi Tradisi Diberi Kepada Bersatu

SEREMBAN, 16 Ogos – Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan semua kerusi dimenanginya serta mengambil semula kerusi tradisi yang sebelum ini diserahkan kepada Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lepas. Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN dan Pakatan Harapan (PH) secara prinsipnya telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menghadapi PRN yang dijangka diadakan pada bila-bila masa. “Kita tetap […]

» Read more

Bantuan Bencana Dan Sumbangan IPT Bukti Keprihatinan Kerajaan Negeri – Tok Ajak

KOTA MELAKA, 16 Ogos – Lebih 200 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang terjejas akibat ribut pada Jun lalu menerima bantuan kewangan yang disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman. Dalam kejadian ribut itu, kebanyakan kediaman penduduk dari Ujong Pasir hingga ke Pernu mengalami […]

» Read more

Wanita UMNO Putrajaya Santuni Rakyat, Laksana Sumbangan Kerusi Roda Dan Keperluan Asas

PUTRAJAYA, 16 Ogos – Realiti tak banyak alasan dan semangat ‘UMNO dekat dengan rakyat’ terus dizahirkan oleh UMNO Putrajaya apabila Ketua Wanitanya, Husna Abdul Rahaman, yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Putrajaya, turun padang menyantuni penduduk setempat. Dalam kunjungan mesra di Fasa 6, Presint 9 beliau telah menyerahkan sumbangan sumbangan kerusi roda serta barangan keperluan asas kepada seorang warga emas […]

» Read more

Pemuda UMNO Akan Terus Pertahan Maruah Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh bertekad untuk terus mempertahankan maruah jalur gemilang dan menzahirkan penghargaan kepada setiap lapisan masyarakat yang memberikan sokongan kepada beliau. “Selepas hampir dua jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi, kita tampil dengan tekad untuk terus mempertahankan maruah Jalur Gemilang,” […]

» Read more

Kes Zara Qairina: Puteri UMNO Tuntut Siasatan Bebas, Telus

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menuntut siasatan bebas dan telus berhubung isu yang melibatkan adik Zara Qairina. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, tragedi tersebut menjadi peringatan bahawa keselamatan wanita dan kanak-kanak mesti menjadi keutamaan. “Puteri UMNO Malaysia menyambut baik kenyataan media naratif kolektif Puteri UMNO Negeri Sabah dalam isu #Justice4Zara, dan mengulangi pendirian untuk […]

» Read more

UMNO Johor Kecam Pas Main Politik Tanpa Fakta Isu Pelaburan Pusat Data RM164.45 Bilion

JOHOR BAHRU, 15 Ogos – UMNO Johor kesal dengan kenyataan Pas Johor yang didakwa cuba menakut-nakutkan rakyat berhubung pelaburan pusat data bernilai RM164.45 bilion di negeri ini, tanpa memahami fakta sebenar dan hanya bermotifkan politik murahan. Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah berkata, setiap projek pusat data di Johor tidak dibangunkan secara sembarangan, sebaliknya perlu melalui Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan […]

» Read more

Isu Jalur Gemilang: Tindakan Tegas Tanpa Pengecualian Perlu Diambil

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Tindakan tegas tanpa pengecualian perlu diambil terhadap mana-mana individu yang lalai atau sengaja mengabaikan tatacara pengibaran Jalur Gemilang. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memandang serius kesalahan berulang dalam isu tersebut kerana Jalur Gemilang merupakan simbol maruah dan kedaulatan negara. “Puteri UMNO Malaysia memandang serius kesalahan […]

» Read more
1 12 13 14 15 16 400