Year: 2025
๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ข๐ณ ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐๐ข๐ก ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ค ๐๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ค
BN Terbuka Bincang Kerusi Sabah – Ahmad Zahid

MELAKA, 25 Mei – Barisan Nasional (BN) mempraktikkan keterbukaan untuk berunding mengenai pembahagian kerusi dengan mana-mana parti di Sabah bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu tidak lama lagi. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini perbincangan awal antara BN dan PH mengenai pengagihan kerusi telah bermula namun sebarang keputusan akan dimuktamadkan selepas pembubaran rasmi Dewan […]
» Read moreASEAN Dukung Perdagangan Global Berbilang Hala Walau Ditekan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 25 Mei – ASEAN menegaskan pendirian untuk terus mendukung sistem perdagangan global berbilang hala berasaskan peraturan meskipun berdepan tekanan tarif daripada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ASEAN tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan balas terhadap langkah tarif yang diumumkan Amerika […]
» Read moreKDA FC Terkeluar Dari Liga Super, Kegagalan Sanusi Dan Exco Negeri Yang Memalukan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – UMNO Kedah melahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap kegagalan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Muhammad Sanusi Md Nor serta barisan Exco dalam menangani krisis yang melanda Kedah Darul Aman FC (KDA FC), sehingga menyebabkan pasukan tersebut terkeluar dari saingan Liga Super musim 2025/26. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menerusi satu kenyataan […]
» Read moreMalaysia Gesa ASEAN Bersuara Bagi Mereka Yang Tertindas Di Gaza – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Malaysia menggesa Asean menyuarakan pandangan dengan tegas dan kolektif dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa, dengan memetik krisis di Gaza dan Myanmar sebagai ujian terhadap tanggungjawab moral blok itu. Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata Asean tidak boleh terus terpinggir dalam menghadapi ketidakadilan global, dan menekankan tanggungjawab blok itu memanfaatkan suaranya di pentas antarabangsa untuk membela mereka yang […]
» Read moreUMNO Perlu Tetap Berada Dalam Kerajaan Pertahan Institusi Melayu, Islam

KUALA LUMPUR, 25 Mei – UMNO perlu tetap berada dalam kerajaan untuk terus mempertahankan dan membela institusi-institusi Melayu serta Islam, kata Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, kerjasama UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan adalah disebabkan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu […]
» Read moreIsu Myanmar Dan Gaza Jadi Tumpuan Mesyuarat ASEAN Hari Ini

KUALA LUMPUR, 25 Mei โ Menteri-menteri Luar ASEAN berhimpun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat Berkaitan pada Sabtu dengan usaha mencari penyelesaian damai dan inklusif bagi krisis Myanmar menjadi tumpuan utama. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, para menteri bersetuju untuk terus berinteraksi dengan semua pihak berkepentingan di Myanmar bagi mencapai penyelesaian […]
» Read more