BN Sedia Kembalikan Legasi Pembangunan Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 15 Ogos – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod cemerlang dan pengalaman luas membangunkan negeri Sabah, justeru yakin rakyat akan kembali memberi mandat bagi mengembalikan maruah dan legasi pembangunan negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. Menurut beliau, BN dan UMNO telah meninggalkan sejarah panjang di Sabah sebagai parti […]

» Read more

Kerajaan Perluas Akses Program TVET, Pastikan Tiada Kumpulan Masyarakat Tercicir – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerajaan melalui Dasar TVET Negara 2030, komited untuk memperluaskan akses kepada program TVET dengan memberi penekanan kepada pelaksanaan program yang responsif, fleksibel dan inklusif. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia bagi memastikan tiada kumpulan masyarakat yang tercicir daripada peluang pendidikan, latihan teknikal, vokasional termasuk […]

» Read more

MUDA Perlu Berhenti Jadikan Isu Undang-Undang Sebagai Politik Retorik – Md Israk

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah menyeru agar MUDA berhenti menjadikan isu undang-undang sebagai modal politik retorik. Ini kerana katanya, keputusan untuk memberikan ‘discharge not amounting to acquittal’ (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibuat oleh mahkamah setelah menilai hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. “Saya merujuk kepada kenyataan […]

» Read more

Beberapa Suspek Kes Buli Zara Qairina Akan Dituduh – AGC

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terbabit dalam kes bull pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir. AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah membuat keputusan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat berdasarkan keterangan yang […]

» Read more

PRN Sabah: Puteri UMNO Teliti, Persiap Jentera Muda Parti

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO telah meneliti persiapan jentera sayap tersebut sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, sayap tersebut turut menggariskan pelan pengukuhan peranan Puteri UMNO di setiap bahagian terutamanya untuk mendekati pengundi-pengundi muda. “Puteri UMNO Malaysia telah meneliti persiapan jentera di Sabah dan […]

» Read more

Sambutan Hari Pelancongan Sedunia Di Melaka Buka Pintu Pelaburan, Kerjasama Antarabangsa

MELAKA, 18 Ogos – Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 di sini bulan depan dijangka membuka pintu pelaburan dan kerjasama antarabangsa yang lebih luas untuk Melaka, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata menerusi publisiti yang diterima di peringkat global, ia bukan sahaja menjemput lebih ramai pelancong ke Melaka, malah membuka peluang dalam bidang pertukaran pelancongan, penerbangan […]

» Read more

Semarak Bulan Kemerdekaan: UMNO Labuan Perkukuh Perpaduan, Patriotisme Jadi Asas Kekuatan Negara

LABUAN, 18 Ogos – Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-68 yang bakal diraikan pada 31 Ogos ini semakin dirasai di seluruh negara, termasuk di Labuan apabila masyarakat pelbagai peringkat terus memperlihatkan semangat kebersamaan, kekitaan dan gotong-royong yang menjadi nadi kepada kekuatan bangsa dan negara. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, berkata roh kemerdekaan tidak hanya disambut dengan kibaran […]

» Read more

KKR Pantau Rapi Projek Pan Borneo, Pastikan Disiap Ikut Jadual

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 Pakej Kerja. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata bagi kawasan Parlimen Sipitang, dua Pakej Kerja yang terlibat ialah Pakej Kerja 1 (WP01) iaitu Sindumin ke Melalia sejauh […]

» Read more

Pemuda BN Sabah Fokus Politik Mandiri, Sokong Pendirian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 18 Ogos – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan komitmen untuk memperjuangkan politik mandiri di negeri ini dengan menyokong penuh pendirian Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Ketua Penerangan Pemuda BN Sabah, Effendy Salamon berkata, kenyataan Bung Moktar bahawa “sekarang kita lawan dulu” jelas mencerminkan tekad UMNO-BN untuk bertanding […]

» Read more

FRIM Laksana Kajian Perlombongan REE Secara Berfasa – Johari

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang melaksanakan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara bertanggungjawab di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata kajian ini bertujuan menyediakan asas saintifik dan teknikal bagi pertimbangan dasar berkaitan larangan perlombongan di […]

» Read more
1 9 10 11 12 13 399