Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

REMBAU 5 Sept– Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri juga merupakan Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Haji Hasan meluangkan masa bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 PPD Rembau bertempat di Dewan Perpatih, PPD Rembau.
Tahniah kepada 101 warga pendidik yang menerima anugerah atas jasa dan dedikasi. Anugerah ini adalah tanda penghargaan terhadap usaha gigih yang telah melonjakkan kecemerlangan pendidikan di Rembau.