Pemukiman Menteri-Menteri lMT-GT

TRANG 4 Sept–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengetuai delegasi Malaysia bersama Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi menghadiri Pemukiman Menteri-Menteri lMT-GT secara tertutup, sebelum menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri IMT-GT ke-31 yang menghimpunkan menteri-menteri dari Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam aspek pembangunan ekonomi, pelaburan, pendidikan, infrastruktur dan jaringan rakyat ke rakyat, sekali gus memberi manfaat langsung kepada negeri-negeri yang terlibat.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79