Menyampaikan Syarahan Eksekutif Kepada Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

SERDANG 4 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan Syarahan Eksekutif kepada kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di UPM sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam (UA) ke-43 yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Tturut berpeluang mengadakan sesi soal jawab bersama mereka dan menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah dalam kalangan pemimpin universiti dan jabatan.