Majlis Peluncuran Halal Learning Provider

MELAKA 4 Sept–Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkesempatan berkongsi pengalaman dalam dunia perbankan & kewangan Islam bersama hampir 500 peserta di Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka hari ini. Kehadiran para pelajar, pensyarah, rakan industri dan usahawan MARA dalam Majlis Peluncuran Halal Learning Provider membuktikan bahawa agenda halal & kewangan Islam semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda dan penggiat industri.