Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 7 Ketua Perwakilan Asing Ke Malaysia

KUALA LUMPUR 4 Sept–Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan 7 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, hari ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

KUALA LUMPUR 4 Sept–Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, selain menerima watikah pelantikan ketua perwakilan asing ke Malaysia pada istiadat di Istana Negara. Tujuh ketua perwakilan Malaysia yang menerima watikah daripada Seri Paduka Baginda ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan Datuk Yubazlan Yusof, Duta Besar Malaysia ke Brazil Datuk Mohammad Ali Selamat, Duta Besar Malaysia ke Jerman Mohamad Razdan Jamil, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Haznah Md Hashim dan Duta Besar Malaysia ke Poland Datuk Azri Mat Yacob.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79