Arif Majid Semarakkan Konvoi Merdeka Bersama Rakyat

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Sambutan Bulan Kemerdekaan di Mukim Kota Lama Kiri berlangsung meriah dengan penganjuran Program Konvoi Merdeka, yang turut disertai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Mohd Arif Majid.

Beliau hadir menyambut para peserta serta merasmikan majlis penutup konvoi berkenaan yang berlangsung pada Ahad dalam suasana penuh semangat patriotisme.

Konvoi turut singgah di Kampung Terap untuk menikmati jamuan tengah hari dengan hidangan istimewa ikan tilapia dan keli bakar, selain aneka masakan tradisional di Kolam Ternak Kolam Sejati Madani.

“Syabas juga kepada semua peserta yang berjaya menamatkan konvoi dengan penuh semangat. Marilah kita terus menyemarakkan sambutan kemerdekaan dengan rasa syukur, kebersamaan dan cinta mendalam terhadap tanah air,” katanya.

Program tersebut berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh kebersamaan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Beliau seterusnya merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program gerkenaan erta mengucapkan tahniah kepada Penghulu Mukim Kota Lama Kiri, Mohd Rizal Nordin atas kejayaan menganjurkan program tersebut. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79