Mengadakan Pertemuan Dengan Pengerusi MARA

KUALA LUMPUR 2 Sept– Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyaraka Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Komunikasi Korporat HDC Norashekin Yusof.
Pertemuan ini memberi ruang untuk memperhalusi fokus utama kami iaitu pelaksanaan strategi dan inisiatif Women in Halal Industry (WHI). Program ini bukan sahaja bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita dalam ekosistem halal, malah memastikan mereka mendapat akses kepada ilmu, bimbingan, serta jaringan strategik yang diperlukan untuk berkembang.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79