Forum Ketua Menteri dan Gabenor (CMGF) Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle

TRANG 3 Sept–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ketua Menteri dan Gabenor (CMGF) Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle (IMT-GT) yang berlangsung di Trang, Thailand yang bermula 2 September 2025. Ini membuktikan Negeri Pahang diiktiraf diperingkat ASEAN dan antarabangsa.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1993, IMT-GT telah menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama serantau, bukan sahaja dalam pembangunan ekonomi, malah juga dalam keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79