Memposisikan Johor Sebagai Hab Pelaburan Berimpak Tinggi.

SINGAPURA 2 September — Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berbesar hati dapat bertemu dengan Mr. Philip Yeo, tokoh ekonomi terkemuka Singapura, bersama Dato’ Sri Idris Jala dan pasukan PEMANDU Associates, bagi berkongsi pandangan mengenai hala tuju transformasi ekonomi Johor. Pertemuan ini sangat positif, dengan perbincangan tertumpu kepada strategi global dalam memposisikan Johor sebagai hab pelaburan berimpak tinggi. Antara fokus utama ialah pembangunan bakat tempatan, peningkatan latihan tenaga kerja, serta kerjasama erat dengan sektor swasta bagi memperkukuh daya saing Johor di peringkat antarabangsa.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79