Melaka Week @ EXPO 2025 Osaka

OSAKA 2 September — Sejarah baharu tercipta di bumi Jepun hari ini apabila Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengetuai delegasi Kerajaan Negeri Melaka untuk merasmikan “Melaka Week @ EXPO 2025 Osaka”. Melaka dengan penuh bangga menjadi negeri ketujuh diberi kepercayaan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk mempamerkan keunikan produk serta potensi pelaburan negeri ini di pentas dunia.Bertemakan “Designing Future Society for Our Lives”, Melaka menjadi inspirasi kepada masa depan, dan tradisi pula menjadi pemangkin inovasi. Tahniah kepada pasukan Pavilion Malaysia yang telah menerima lebih 2.7 juta pengunjung. Manakala sepanjang 2 hari pembukaan Melaka Week ini telah menggamit lebih 20,000 pengunjung!