Majlis Perhimpunan Bulan September 2025 KKDW

KUALA LUMPUR 2 September — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir menyampaikan amanat di Majlis Perhimpunan Bulan September 2025 KKDW sebentar tadi menekankan bahawa bulan kemerdekaan tahun ini mengingatkan kita bahawa perjuangan bangsa tidak pernah berhenti. Justeru, pembangunan desa hari ini bukan sekadar membina jalan atau menyediakan infrastruktur. Ia bermakna mengecilkan jurang bandar dan luar bandar seperti membuka laluan TVET, memperkasa usahawan desa, mendigitalkan peluang dan memastikan pendidikan menyeluruh sampai ke akar umbi. Semua ini demi menjadikan anak desa mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan anak kota.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79