Penyerahan Hak Milik Tapak Rumah Kediaman

MERSING 28 Ogos–Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyempurnakan penyerahan Hak Milik Tapak Rumah Kediaman kepada Generasi Kedua FELDA Tenggaroh 2 dan 6 di Dewan Terbuka FELDA Tenggaroh 6.
Inilah detik bermakna buat ratusan keluarga peneroka yang sekian lama menanti hak mereka. FELDA bukan sekadar tanah rancangan, tetapi rumah impian keluarga yang akhirnya akan membina masa depan anak bangsa. Di Johor, seramai 391 anak FELDA telah diraikan melalui penyerahan geran ini. Ini adalah bukti bahawa Kerajaan Negeri sentiasa bersama komuniti FELDA.