Zahirkan Penghargaan

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) Markas ATM, Mej. Jen. Sr Ratenah binti Ismail sempena persaraan beliau di Wisma Pertahanan.Beliau akan mula bercuti pada bulan hadapan dan mengikuti latihan peralihan sebelum menamatkan perkhidmatan pada Mac 2026.Mewakili Kerajaan dan Kementerian Pertahanan,menzahirkan penghargaan atas segala sumbangan beliau selama ini untuk ATM dan negara. Selamat maju jaya diucapkan.