UMNO Sabah Tekankan Peranan Media Sosial, Aktifkan Gerak Kerja Hadapi PRN

KOTA KINABALU, 27 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menekankan kepentingan jentera penerangan parti untuk lebih agresif memanfaatkan media sosial sebagai medium utama penyampaian maklumat kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut beliau, pendekatan ceramah yang lazim digunakan pada setiap pilihan raya kini bukan lagi keutamaan, sebaliknya media sosial perlu dijadikan medan utama bagi memastikan mesej UMNO dan Barisan Nasional (BN) sampai ke seluruh akar umbi.

“BNComms mesti diaktifkan di setiap bahagian dan jangan biarkan ia hambar. Maklumat tidak boleh tersekat di peringkat atas sahaja, sebaliknya mesti sampai kepada rakyat di bawah,” katanya.

Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran turut mengingatkan agar semua 25 bahagian UMNO di Sabah benar-benar menggerakkan media sosial secara konsisten, sama ada dalam bentuk serangan balas terhadap isu mahupun penyaluran maklumat terkini.

“Kita tahu antara sebab kita kalah pada PRN lalu kerana tertinggal daripada akses media sosial. Sebab itu, setiap ruang mesti dijadikan peluang. Media sosial bukan pilihan, tetapi kewajipan,” tegasnya.

Majlis pelancaran Manual Gerak Kerja Penerangan UMNO Malaysia/BN itu disempurnakan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79