myWaqafPTPTN Bukti Komitmen Perjuangan Bela Pendidikan Anak Bangsa – Norliza

PETALING JAYA, 27 Ogos – Inisiatif myWaqafPTPTN yang dilaksanakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuktikan komitmen kerajaan selari dengan kesinambungan perjuangan dalam memastikan agenda pendidikan rakyat terus diperkasa.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, menegaskan bahawa kerajaan sentiasa konsisten dalam memperjuangkan pendidikan sebagai wadah mobiliti sosial terbaik untuk anak bangsa.

“Inisiatif myWaqafPTPTN adalah satu usaha murni yang bukan sahaja membantu mahasiswa meneruskan pengajian tanpa beban hutang, malah ia juga mengangkat semangat kebersamaan rakyat demi pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan sebanyak RM50,000 daripada pihak UCB bagi mengisi tabung myWaqafPTPTN yang kemudiannya akan disalurkan kepada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang memerlukan secara biasiswa.

Menurut beliau, pendidikan sentiasa menjadi teras utama perjuangan dalam memastikan kemajuan masyarakat secara holistik.

“Kami komited dan memahami faham ramai keluarga tertekan dengan kos sara hidup, apatah lagi untuk membiayai pengajian anak-anak. Justeru, platform waqaf ini adalah jawapan konkrit bagaimana rakyat membantu rakyat, dengan kerajaan menjadi penggerak utama,” ujar beliau.

“Inilah bukti kerajaan benar-benar ikhlas membela rakyat, bukan sekadar retorik politik,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79