Pemuda Peduli Terengganu, Semarakkan Hari Pemuda UMNO Ke-76
KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menjemput seluruh akar umbi Pemuda UMNO hadir bagi memeriahkan program ‘Pemuda Peduli Terengganu’ dengan wawasan ‘Gelombang Baharu’.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata, program tersebut sempena sambutan ulang tahun Pemuda UMNO yang ke-76 menjadi wadah semangat perjuangan generasi muda parti.
“Saya menjemput sekalian anggota Pemuda UMNO Terengganu dan seluruh negara untuk hadir bersama menyemarakkan ‘Pemuda Peduli Terengganu’ dengan wawasan ‘Gelombang Baharu’. Sempena Hari Pemuda UMNO yang ke-76 (26hb Ogos) disemboyankan Perhimpunan Pemuda Terengganu esok.
“Amanat kepemimpinan utama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia; Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh; Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia; Hairi Md Shah; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu; Datuk Rozi Mamat yang akan dipersembahkan sebagai panduan perjuangan bersama… jumpa esok,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Untuk rekod, Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuh pada 26 Ogos 1949 merupakan sayap belia dalam UMNO yang ditubuhkan bagi mewakili golongan belia lelaki.
Pemuda UMNO merupakan satu pergerakan yang telah menjadi pewaris kepada legasi perjuangan parti dan negara serta menjadi nadi perjuangan parti dalam memartabatkan agama, bangsa dan negara. – UMNO Online