Pemuda UMNO Ranau Junjung Solidariti, Teguhkan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ranau berdiri teguh bersama kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia di bawah pimpinan Datuk Dr. Akmal Saleh dalam menghadapi cabaran getir yang sedang melanda.

Ketuanya, Md Nadzmin Kamin berkata, keberanian yang ditonjolkan oleh Ketua Pemuda UMNO ini menjadi cerminan perjuangan kepada anak muda bagi memastikan suara rakyat tidak akan terpinggir.

“Pemuda UMNO Bahagian Ranau sentiasa yakin bahawa keberanian Datuk Dr. Akmal Saleh adalah cerminan suara anak muda Malaysia yang tidak gentar berhadapan dengan mana-mana pihak demi memastikan suara rakyat tidak dipinggirkan.

“Inilah roh perjuangan Pemuda UMNO berani kerana benar, tegas kerana prinsip, dan istiqamah kerana agama, bangsa dan tanah air.

“Kami di Ranau menzahirkan sokongan padu serta solidariti penuh kerana percaya bahawa perjuangan ini adalah perjuangan untuk menegakkan kebenaran, mempertahankan maruah bangsa, dan memastikan keadilan sentiasa ditegakkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Nadzmin seterusnya menyeru agar seluruh kepimpinan Pemuda UMNO terus bersatu, perkukuhkan saf perjuangan dan tidak mudah goyah.

“Kami menyeru agar seluruh saf kepimpinan Pemuda UMNO di setiap peringkat terus bersatu hati, memperkukuhkan saf perjuangan, serta tidak mudah goyah dengan sebarang tekanan atau cubaan untuk melemahkan semangat kita.

“Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ranau percaya bahawa hanya dengan kesatuan dan keteguhan, kita akan mampu mengharungi cabaran ini. Setiap langkah yang kita ambil adalah demi masa depan generasi muda dan kelangsungan perjuangan UMNO yang telah terbukti membela rakyat sejak dahulu,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79