Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang

MELAKA 21 Ogos–Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh meraikan seramai 213 pelajar cemerlang dalam Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang STPM, Bijak Sejarah STPM, STAM, serta Pelajar Huffaz Tahun 2024, di samping Majlis Pelancaran Bijak STPM 2025 Negeri Melaka.
Pencapaian akademik negeri Melaka terus membanggakan apabila PNGK STPM 2024 meningkat kepada 2.88 mata, rekod terbaik dalam tempoh lima tahun. Seramai 43 pelajar memperoleh gred A dalam subjek Sejarah berbanding 24 orang pada tahun sebelumnya, selain dua pelajar negeri ini dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Kebangsaan.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79