Justice Bukan Public Revenge, Hormati Rule Of Law Kes Zara
RAMAI yang marah. Ramai yang kecewa. Semua orang mahu justice untuk arwah mangsa. Itu kita semua setuju.
Tetapi mari kita tanya diri sendiri dengan jujur — apakah kita benar-benar mahu justice, atau sebenarnya kita sedang menuntut “public revenge” yang mengorbankan prinsip undang-undang?
Kenapa saya kata begitu?
Kerana dalam desakan kita untuk “mendedahkan” nama lima remaja yang dituduh, kita sebenarnya sedang menuntut kerajaan untuk melanggar undang-undang negara sendiri.
Reality check:
1. Akta Kanak-Kanak 2001 jelas melindungi identiti kanak-kanak yang berdepan dengan pendakwaan, walau apa pun kesalahan. Ini bukan “privilege”, ini rule of law.
2. Malaysia telah menandatangani Convention on the Rights of the Child (CRC) di peringkat antarabangsa. Kalau kita langgar prinsip ini, dunia akan nampak kita hanya ikut emosi, bukan undang-undang.
3. Melindungi identiti tidak bermakna melindungi kesalahan. Ia hanya memastikan proses mahkamah berjalan tanpa prejudis dan tanpa menghancurkan masa depan seseorang before guilt is proven.
Jadi soalan saya kepada netizen:
1. Kalau hari ini kita dedahkan nama lima remaja itu, adakah mangsa mendapat keadilan yang lebih?
2. Kalau esok ada bukti baharu yang menunjukkan salah seorang daripada mereka tidak bersalah, adakah kita mampu “padam” semula nama yang sudah pun dipalukan di ruang awam?
3. Kalau ini berlaku kepada anak saudara atau anak kita sendiri, masihkah kita rela nama mereka dijaja sebelum mahkamah membuat keputusan?
Kita tidak boleh pilih undang-undang hanya bila ia menyenangkan kita. Rule of law bermaksud undang-undang terpakai sama rata untuk mangsa, untuk keluarga mangsa, dan juga untuk tertuduh.
Dan jangan lupa, sistem kita bukan “static”. Pendakwaan boleh dipinda kepada seksyen lebih berat jika bukti kukuh ditemui. Jadi dakwaan hari ini bukan bermakna pintu untuk hukuman lebih berat sudah tertutup.
Maka berhentilah menuntut sesuatu yang pada akhirnya hanya akan melemahkan kes mangsa. Kerana bila kita mendesak sesuatu di luar undang-undang, kita sebenarnya sedang membuka ruang untuk peguam-peguam bijak pandai menimbulkan “technical defence” yang akhirnya mungkin menggagalkan keadilan sebenar.
Justice is not about satisfying anger today. Justice is about ensuring the truth prevails in court tomorrow.
Apa kita boleh buat?
Doakan agar keadilan dapat ditegakkan untuk Allahyarhamah Zara dan yang bersalah dikenakan hukuman yang adil dan saksama.
Nota tambahan:
Apakah pertimbangan khas apabila kes melibatkan kanak-kanak?
Dalam kes kematian yang melibatkan kanak-kanak, beberapa pertimbangan khas diambil kira berdasarkan undang-undang sedia ada termasuk Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]:
Perlindungan identiti kanak-kanak: Seksyen 15 Akta 611 melindungi identiti kanak-kanak yang terlibat dalam kes jenayah, sama ada sebagai mangsa, saksi, atau pihak yang dituduh. Mendedahkan identiti atau mengaitkan mereka dengan tuduhan tanpa bukti sah boleh memberi kesan trauma berpanjangan dan menjejaskan proses keadilan.
Peruntukan-peruntukan sebegini dapat membantu memastikan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh, tanpa tekanan atau prejudis daripada laporan atau spekulasi awam
Aspek psikologi: Mahkamah mengambil kira trauma dan kesan psikologi terhadap rakan sebaya dan keluarga.
Pendekatan keadilan kanak-kanak: Bagi pelaku bawah umur, pendekatan lebih menekankan pemulihan (rehabilitation) berbanding hukuman semata-mata.
Oleh:
AHMAD RAZIZ RASHID
Pengarah Komunikasi kepada Ketua Penerangan UMNO Malaysia
#JusticeForZara
#RuleOfLaw
#BuliAdalahJenayah
#AdilUntukSemua