Malaysia Kecam Rejim Zionis Langgar Resolusi PBB, Bukti Penjajahan Terancang Ke Atas Palestin – Mohamad
KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Malaysia sentiasa mengecam sekeras-kerasnya keputusan kabinet rejim Israel untuk mengambil alih sepenuhnya Gaza.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan zionis Israel ini merupakan perbuatan terancang untuk menjajah negara Palestin.
“Malaysia telah mengutuk keras tindakan rejim zionis Israel berkaitan agenda perluasan haram serta perancangan penempatan di kawasan E1. Inilah bukti tindakan-tindakan haram oleh rejim zionis Israel yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Bangsa-bangsa Bersatu. Israeal malah turut menafikan kedaulatan Palestin serta menjadikan penyelesaian dua negara mustahil untuk direalisasikan.
“Tragedi ini membuktikan dengan nyata bahawa kekejaman yang dilakukan oleh Israel adalah jenayah kemanusiaan yang melanggar pelbagai undang-undang bangsa serta mencabuli prinsip Bangsa-bangsa Bersatu termasuk tindakan genosid. Jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan merangkumi kemusnahan insfrastruktur awam, pembersihan etnik dan juga pengusiran secara paksa.
“Kita telah berkerja secara rapat dengan negara-negara lain seperti Mesir dan Jordan serta NGO antarabangsa melalui misi ‘air drop’ dan jambatan udara. Semua ini telah dilaksanakan bagi memastikan bantuan sampai terus ke penduduk Palestin walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan.”
Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menjelaskan, ASEAN baru-baru ini telah mengadakan persidangan negara-negara timur untuk pembangunan Palestin.
“Hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri serta menggesa gencatan segera dan berkekalan di Gaza serta menyelaraskan rakyat-rakyat Palestin dalam aspek pembangunan semula Gaza. Pembangunan ekonomi dan modal insan serta reformasi institusi serta tadbir urus. Malaysia telah menyalur USD 1juta kepada UNWRA, persatuan bulan sabit merah Palestin,” katanya lagi.
Seterusnya kata Ahli Parlimen Rembau itu, penubuhan ASEAN Emergency Response and Assessment Team (ASEAN – Erat) adalah membantu negara-negara Asean yang terjejas oleh bencana alam.
“Peranan utama ASEAN-Erat ialah untuk membantu agensi pengurusan bencana antara negera-negara Asean yang terjejas oleh bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan taufan serta tertumpu pada bantuan kemanusiaan dan sokongan negara-negara anggota Asean. Pengarah pasukan ASEAN–Erat akan dilakukan dengan terdapat permintaan dari negara-negara yang terjejas dan Malaysia mengalu-alukan inisiatif pihak seperti NGO.
“Malaysia akan terus bersuara, bertindak dan menyumbang dalam kapasiti yang dimiliki. Kita akan menggunakan dengan platform antarabangsa sama ada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),OIC Asean, NAM, G20, BRICKS dan juga lain-lain forum bagi memastikan hak Palestin sentiasa didengari di pentas antarabangsa.”
Ujarnya, ini sekali gus memperkukuhkan perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan serta memastikan aspirasi tersebut terus mendapat perhatian dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa. – UMNO Online