Wanita UMNO Putrajaya Santuni Rakyat, Laksana Sumbangan Kerusi Roda Dan Keperluan Asas
PUTRAJAYA, 16 Ogos – Realiti tak banyak alasan dan semangat ‘UMNO dekat dengan rakyat’ terus dizahirkan oleh UMNO Putrajaya apabila Ketua Wanitanya, Husna Abdul Rahaman, yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Putrajaya, turun padang menyantuni penduduk setempat.
Dalam kunjungan mesra di Fasa 6, Presint 9 beliau telah menyerahkan sumbangan sumbangan kerusi roda serta barangan keperluan asas kepada seorang warga emas bagi pihak Ketua Bahagiannya, Datuk SeriTengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, bantuan itu bertujuan memudahkan pergerakan harian penerima yang kini bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda serta mengurangkan beban kos barangan asas.
“Program ini bukan sekadar penyerahan bantuan, tetapi juga lambang keprihatinan UMNO Putrajaya terhadap nasib rakyat, khususnya golongan warga emas, ibu tunggal dan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan.
“Pelaksanaan gerak kerja sedemikian adalah tradisi turun padang yang telah sebati dengan perjuangan UMNO malah dengan cara ini kita lebih dekat iaitu dapat mendengar sendiri keluhan rakyat.
“Melalui UMNO Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan sentiasa memastikan masyarakat di sini tidak terpinggir. Setiap aduan dan keperluan akan diambil perhatian, kerana rakyat adalah nadi perjuangan kita walaupun beliau bukan wakil rakyat di sini. Sumbangan ini bukan saja diharap dapat memberi kelegaan, tetapi yang lebih penting, ia menunjukkan bahawa UMNO sentiasa bersama mereka dalam susah dan senang,” katanya.
Beliau menambah, khidmat bakti ini merupakan amalan berterusan yang akan diperkukuh dari masa ke masa.
“Biro Kebajikan UMNO Putrajaya digerakkan dengan pelbagai inisiatif termasuk program bantuan pendidikan, kesihatan, dan kemasyarakatan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.”
Tegasnya, UMNO Putrajaya meletakkan agenda membantu rakyat tidak terhenti pada musim tertentu, sebaliknya dilaksanakan secara konsisten kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang dipegang teguh sejak penubuhannya. – UMNO Online