UMNO Beaufort Teruskan Khidmat Bakti, Jadi Jambatan Penghubung Untuk Rakyat
MENUMBOK, 14 Ogos – UMNO Bahagian Beaufort melalui Biro Kebajikan terus mengukuhkan peranan sebagai jambatan penghubung antara parti dan rakyat dengan melaksanakan misi menyantuni keluarga yang berdepan musibah serta memberi sokongan moral kepada keluarga yang bakal meraikan majlis perkahwinan.
Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, komitmen untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif turun padang sama ada melalui bantuan kebajikan, sokongan moral, atau kehadiran secara fizikal di lapangan.amat penting dan memberi makna yang mendalam kepada rakyat.
“Khidmat bakti ini adalah sebahagian daripada amanah parti untuk menjaga kebajikan masyarakat. Kehadiran kami di lapangan membuktikan bahawa UMNO tidak hanya bercakap soal politik, tetapi juga bertindak sebagai pelindung dan penyokong rakyat,” katanya kepada UMNO Online.
Tegasnya, usaha sebegini bukanlah program bermusim, sebaliknya merupakan amalan berterusan bagi memastikan
“Kami melaksanakan pendekatan mesra rakyat yang konsisten. UMNO Bahagian Beaufort menerusi Biro Kebajikan membuktikan bahawa khidmat bakti dan kepedulian terhadap masyarakat adalah teras perjuangan yang tidak pernah luntur, selaras dengan misi parti untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan tanah air.
“Menerusi UMNO, kami tidak akan pernah berhenti menghulurkan tangan kepada mereka yang memerlukan. Sama ada di saat kesedihan mahupun kegembiraan, parti akan terus hadir sebagai teman setia dan pelindung rakyat. Ini membuktikan bahawa perjuangan UMNO bukan sekadar di pentas politik, tetapi juga dalam medan kehidupan rakyat
“Kami terus memegang prinsip bahawa setiap insan, tanpa mengira latar belakang atau kedudukan, berhak mendapat perhatian, sokongan, dan kasih sayang daripada komuniti sekeliling. Inilah semangat sebenar yang mahu dikekalkan iaitu semangat kekitaan, persaudaraan, dan perpaduan yang menjadi nadi kekuatan bangsa.”
Terdahulu menerusi program ini, ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Beaufort, Marzuki Sidek dan Mohamad Fadzrus Wahid telah mengadakan kunjungan dengan menziarahi keluarga Allahyarham Utu Baham di Kg. Padang Golf, Menumbok.
Jelas Awang Aslee, kehadiran wakil UMNO Bahagian Beaufort bukan sahaja bertujuan menyampaikan salam takziah, malah sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap mereka yang sedang berduka.
“Kami berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian ini. UMNO sentiasa berada di sisi rakyat, khususnya pada saat mereka memerlukan sokongan moral dan perhatian,” ujar.
Di Kg. Darat pula, disantuni keluarga Nasir Lelok, yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan anakanda beliau.
Dalam pertemuan itu, UMNO Bahagian Beaufort menzahirkan doa dan ucapan selamat agar majlis berjalan lancar serta kedua-dua mempelai dikurniakan kebahagiaan berpanjangan hingga ke syurga Allah SWT. – UMNO Online