Program Jelajah Orang Johor Segamat Bermula September – Zahari
SEGAMAT, 14 Ogos – Kerajaan Johor akan melaksanakan Program Jelajah Orang Johor (JOJ) di enam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah Segamat sepanjang September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip, berkata penyelarasan pelaksanaan bermula hari ini melalui mesyuarat JOJ bagi DUN Buloh Kasap, Jementah, Pemanis, Kemelah, Tenang dan Bekok.
“Program ini melibatkan pelbagai jabatan dan agensi, dan diharap dapat memberi manfaat menyeluruh kepada masyarakat setempat,” katanya.
Program Jelajah Orang Johor (JOJ) 2025 yang merangkumi kesemua 56 DUN di negeri ini akan berfungsi sebagai platform hebahan dan penyampaian dasar serta inisiatif Kerajaan Negeri.
Program ini yang bertujuan untuk merakyatkan pentadbiran dengan mendapatkan maklum balas secara langsung bagi memastikan pembangunan Johor lebih menyeluruh dan inklusif.
Selain itu, Program JOJ turut menampilkan pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban rakyat serta memastikan kesejahteraan hidup Bangsa Johor terus terjamin.- UMNO Online