Wanita UMNO Anjur Bacaan Yasin Buat Arwah Zara

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Wanita UMNO Malaysia akan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Perdana secara dalam talian untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir selepas solat Maghrib esok.

Program ini akan menghimpunkan ahli-ahli Wanita UMNO dari seluruh sebagai tanda solidariti dan kasih sayang kepada keluarga Allahyarhamah.

Bacaan Yasin ini diadakan khusus untuk memohon agar segala urusan kes arwah dipermudahkan, serta keadilan dapat ditegakkan seadilnya.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyeru semua ahli wanita seluruh negara untuk bersama-sama menyertai majlis ini.

“Penyertaan secara beramai-ramai diharap dapat memperkukuh semangat kebersamaan dan menyampaikan mesej bahawa Wanita UMNO sentiasa bersama keluarga mangsa dalam waktu sukar ini.

“Semoga roh Allahyarhamah Zara Qairina dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, Allahyarhamah Zara yang merupakan pelajar Tingkatan Satu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada jam 3 pagi 16 Julai lalu. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79