Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2025

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (enam, kiri) bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2025 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, hari ini.

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga, kanan) menerima tajaan biasiswa pendidikan bagi anak-anak & anggota ATM daripada Naib Canselor City University Malaysia, Prof. Dr Rosnizah Shaari (tiga, kiri) pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2025 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, hari ini.
Turut kelihatan, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar (dua, kanan).

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kiri) menyampaikan komputer riba dan sijil Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2025 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, hari ini.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79