Pak Mus Manfaat Lawatan Kerja, Perkasa Infrastruktur Sukan Negeri

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor berbesar hati melakukan lawatan kerja beliau ke Johor bagi melihat fasiliti sukan di negeri itu.

Memanfaatkan masa tersebut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong berkesempatan ke Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri.

Pada kunjungan itu Mustapha yang lebih dikenali sebagai Pak Mus, menyifatkan kompleks tersebut mempunyai kemudahan yang lengkap dengan pelbagai fasiliti bertaraf antarabangsa.

“Sepanjang lawatan, Pak Mus dan pasukan dapat melihat sendiri kemudahan canggih seperti stadium serbaguna, gelanggang tertutup serta pusat latihan berteknologi tinggi,”’ katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Katanya ia sekaligus memberi inspirasi untuk memperkukuh pembangunan sukan di Negeri Sembilan.

“Pengurusan yang tersusun dan kemudahan moden di sini sememangnya menjadi contoh terbaik untuk kita jadikan rujukan.

“Insya-Allah, pengalaman yang diperoleh daripada lawatan ini akan menjadi panduan berharga untuk meningkatkan kualiti prasarana sukan di negeri kita,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79