Puteri UMNO Gesa KPM Perkasakan Lagi Tatacara Kes Buli

KUALA LUMPUR, 12 Ogos –  Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menggesa kementerian pendidikan mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan tatacara kes buli di sekolah  khususnya surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pengerusi Biro Pendidikannya, Nadhirah Afiqah Abdull Rahim dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online berkata pihaknya mempersoalkan sama ada pekeliling tersebut benar-benar digunakan di sekolah atau sekadar menjadi dokumen hiasan.

Ini merujuk kepada Perkara 4.4 SPI Bil. 12/2023 mengenai Tatacara Pengurusan Kes Salah Laku Buli, Tindakan Disiplin dan Intervensi, beliau menekankan beberapa langkah yang perlu diperkasakan di sekolah, antaranya:

• Menyediakan kaunseling proaktif kepada mangsa dan pelaku buli.

• Menubuhkan Pasukan Intervensi Khas untuk kes berulang atau serius.

• Memperhebat kerjasama dengan PDRM melalui rondaan berkala di kawasan sekolah.

• Melaksanakan SOP KPM secara realistik dengan siasatan telus bagi setiap kes.

“Isu buli ini masalah berulang sehingga mengorbankan nyawa pelajar. Jangan sampai Sekolah Berasrama Penuh dilabel sebagai tidak selamat,” tegasnya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79