Tengku Zafrul: Shamellya Persoal Kesetiaan Rakan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi mempersoalkan rasa hormat dan kesetiaan rakan dalam Kerajaan Perpaduan susulan tindakan seorang Senator yang dilantik atas tiket Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, persoalan utama kini ialah sama ada semangat rakan perpaduan antara UMNO dan PKR hanya sekadar slogan semata-mata.

“Kesetiaan politik wajar dipersoalkan memandangkan YB Senator berkenaan mendapat tempat ketika pentadbiran kerajaan PN–BN dan kekal berada dalam kerajaan PH–BN, namun masih atas tiket BN,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.

Shamellya dengan nada sinis melihat bahawa situasi tersebut ibarat “harapkan perpaduan, perpaduan makan kawan.”

“Di mana setia perjuangannya? Dan di mana setia sebagai seorang rakan perpaduan?” soalnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79