Merasmikan Perhimpunan Agung Dwitahunan PEMADAM

KUALA LUMPUR 11 Ogos — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati merasmikan Perhimpunan Agung Dwitahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan Ke-46, sebuah platform yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam memerangi ancaman dadah. Sejak penubuhannya, PEMADAM kekal sebagai rakan strategik Kerajaan dalam mendidik masyarakat, memperkukuh kesedaran dan melaksanakan program pencegahan secara berterusan. Penghargaan berikan kepada seluruh kepimpinan dan sukarelawan yang komited menggerakkan agenda ini di semua peringkat komuniti.