Berjemaah Bersama Kariah Masjid Taman Tuanku Jaafar

REMBAU 11 Ogos — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Haji Hasan semalam berkesempatan solat berjemaah di Masjid Taman Tuanku Jaafar dan menghadiri ceramah agama oleh Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin, Timbalan Mufti Negeri Pahang.Ceramah bertajuk “Fitnah Akhir Zaman, Cabaran & Persiapan Umat Islam” ini memberi peringatan yang mendalam tentang cabaran besar bahaya nya fitnah, serta pentingnya umat Islam memperkukuh iman, ilmu, dan perpaduan.