Tinjau Usahawan MARA

PANGKALAN CHEPA 8 Ogos — Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merangkap Pengerusi MARA melakukan lawatan ke Kompleks Industri MARA di Pengkalan Chepa untuk melihat sendiri usahawan MARA Datuk Ammar Amran yang menjadi pengilang OEM yang menggunakan 100 peratus pekerja tempatan. Di Kilang yang MARA sewakan ini, pelbagai jenama pakaian daripada usahawan-usahawan Melayu dihasilkan termasuk pempengaruh-pempengaruh terkenal.