Mengiringi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Ke Moscow

MOSCOW 7 Ogos — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengiringi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Kremlin, Moscow bagi menghadiri Majlis Sambutan Negara.
Ketibaan KDYMM Tuanku disambut oleh Presiden Persekutuan Rusia, TYT Vladimir Putin dan seterusnya menghadiri pertemuan tertutup bersama Presiden Vladimir Putin.
Pertemuan bersama pemimpin nombor satu Persekutuan Rusia itu merupakan sebahagian daripada lawatan negara selama enam hari oleh KDYMM Tuanku.