Kunjungan Hormat Oleh Ketua Polis Negara

AYER KEROH 6 Ogos – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan kunjung hormat oleh IG Dato’ Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara bersama kepimpinan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) (PDRM) di pejabatnya, petang semalam.
Hadir sama pada pertemuan ini ialah YDH DCP Dato’ Dzulkhairi Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Pertemuan ini memperkukuh lagi hubungan erat yang sedia terjalin antara Kerajaan Negeri Melaka dan PDRM, sebagai rakan strategik dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79