Kunjungan Hormat Kepada Dato’Undang Luak Rembau

REMBAU 7 Ogos — Timbalan Presiden UMNO merangkap Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Haji Hasan yang juga Ahli Parlimen Rembau mengadakan kunjungan hormat kepada YTM Dato’ Sedia Raja Hj. Abd. Rahim bin Hj. Yassin, Dato’ Undang Luak Rembau di Balai Sri Rama, Balai Undang Luak Rembau semalam..
Kunjungan turut disertai Dato’ Seri Dr Awaludin bin Said, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau; YB. Dato’ Haji Zaifulbahri bin Idris, ADUN Chembong; YB Tuan Suhaimi Bin Aini, ADUN Kota serta kepimpinan UMNO Rembau.
Semoga jalinan erat antara kepimpinan negeri dan institusi adat di Negeri Sembilan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan negeri.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79