Badminton Tertutup ‘Piala YB Suntuo’ Eratkan Hubungan ADUN Dan Komuniti

HULU LANGAT, 7 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz, terus komited mendekati masyarakat melalui pelbagai inisiatif rakyat, termasuk dalam bidang sukan.

Terkini, beliau mengumumkan penganjuran Program Badminton Tertutup Piala YB Suntuo (Dusun Tua), sebagai usaha memperkukuh hubungan antara wakil rakyat dan penduduk setempat selain memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti.

“Saya amat menghargai peluang untuk bertemu secara langsung dengan masyarakat melalui program seperti ini.

“Ia bukan sahaja memeriahkan suasana, malah menjadi platform menyemai nilai perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk,” katanya kepada UMNO-Online.

Acara ini akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: Sabtu, 16 Ogos 2025.

🕘 Masa: 9.00 pagi.

📍 Tempat: Dewan Komuniti Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Program sukan tersebut dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat badminton tempatan dan komuniti sekitar kawasan Dusun Tua.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi:

📞 Ali di talian +6011-2541 7271

Orang ramai turut digalakkan untuk merujuk infografik rasmi yang disediakan bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai program berkenaan. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79