Sesi Libat Urus Bersama Pengurusan Tertinggi MARA

KUALA LUMPUR 6 Ogos—Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama dalam Sesi Libat Urus bersama pengurusan tertinggi MARA di sini hari ini. Pertemuan ini memberi ruang untuk kami meneliti semula arah tuju, memperkemas pelaksanaan dan memperkukuh strategi jangka panjang agar MARA terus menjadi institusi yang diyakini rakyat dalam memperkasa potensi anak bangsa.